Thursday 22 December 2011

SENYUMsenyumSENYUMsenyum


Saya suka SENYUM J  suka bnget!!!  mulakan harimu dgn senyuman......
                                                                Apa sih sebenarnya senyum itu?
senyum yang kita tahu hanya sebuah simpulan dari gerakan bibir. Tak dapat mengartikan apapun jika gerakan itu sekadarnya saja. Namun, terkadang pikiran lain dapat muncul di benak kita dan terkadang pula melekat di dasar hati, apabila senyum itu tulus dengan sejuta pancaran pesonanya. Sangat mengagumkan, menjanjikan ketenangan hati bagi dirinya sendiri dan bagi siapapun yang melihatnya.

Ramai orang bilang senyuman ini banyak faedah dan kelebihannya serta memberi manfaat kepada diri untuk lebih positif, malah juga menceriakan orang sekeliling kita. kalau orang senyum harus senyum juga!!

perlakuan ini juga  boleh mengundang pelbagai persepsi. Ada yang senyum sendiri mengenangkan peristiwa lalu, ada juga yang senyum untuk memotivasikan diri dan tidak kurang juga ada yang melontarkan senyuman untuk tujuan memikat :D
selalunya lelaki kan....heee benar gak??? ayo ngaku

Antara kelebihannya apa ya??
Antara kelebihan senyum adalah mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri. Senyum boleh mengundang ketawa, dan seterusnya mampu meredakan ketegangan dan kerunsingan. Mungkin juga, senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan sebuah ikatan.

Senyuman yang menarik adalah senyuman yang lahir dari hati. Faktanya,kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Maka, anda senyumlah.. :D

Benarkah?
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
PERHATIAN: Harus dicuba untuk mendapatkan bukti :D

Buktinya apa? 
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak
  3. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  4. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 
so, solusinya disini anda sendiri blh fikir kan? apa salahnya kita cuba perkara yg baru.


SELAMAT MENCOBA!!

No comments:

Post a Comment