Thursday 29 December 2011

20 Koleksi Kata-Kata Semangat Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan.


      Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan. Kita sebagai manusia harus belajar menerima dan memperbaiki setiap kesilapan kita dan bukannya menganggap kesilapan itu kita dah gagal selamanya. Belajarlah daripada kesilapan kita. 
  1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  2. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  3. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  4. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  5. Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  6. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  7. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  8. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  9. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  10. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  11. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  12. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  13. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  14. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  15. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  16. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  17. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  18. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  19. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  20. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


No comments:

Post a Comment