(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk
membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak
mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda,
membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada
pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.
(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan
pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan
dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui
kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan
juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana
pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi
itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham.
Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai
wanita dalam apa keadaan sekalipun.
(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan
senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan
sebagainya.
(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain
daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada
kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda
lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan
kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar.
Mereka akan menerima anda seadanya.
(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda
dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda
terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.
(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang
memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.
(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap
maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.
(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun
telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat
mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.
No comments:
Post a Comment