Thursday 29 December 2011

Khasiat Budu


Budu atau sos bilis begitu terkenal di Kelantan dan enak dimakan bersama nasi (sama ada dicicah dgn ulam atau pun petai). Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Pada masa kini, budu ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Antara hasil kajian mereka ialah:

·         Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
·         Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Apa yg terdapat pada Budu sebenarnya?

v  Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
v  Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
v  Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
v  Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
v  Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Budu ini juga boleh menghentikan radikal bebas? Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Budu juga sebagai penawar penyakit kanser? Betul ke? Bagaimana caranya?

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.  Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan……….Wallahu a’lam…

Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH dan yg buruk itu dtg dari kekhilafan diri kita sendiri. Orang yg bijak itu boleh memikirkan yg mana baik dan buruk.

20 Koleksi Kata-Kata Semangat Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan.


      Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan. Kita sebagai manusia harus belajar menerima dan memperbaiki setiap kesilapan kita dan bukannya menganggap kesilapan itu kita dah gagal selamanya. Belajarlah daripada kesilapan kita. 
  1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  2. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  3. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  4. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  5. Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  6. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  7. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  8. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  9. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  10. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  11. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  12. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  13. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  14. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  15. Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  16. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  17. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  18. Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  19. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  20. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


Monday 26 December 2011

Hari Sangsapurba PSSGSM UUM 2011

Assalamualaikum dan salam Gayong...
Hari Sangsapurba ini merupakan hari penyampaian bengkung kpd para pesilat Seni Silat Gayong Universiti Utara Malaysia. Sebelum kenaikan bengkung kami semua diuji terlebih dahulu dgn "Gerakan Rajawali" "Combat" dan "Kunci Mati"....Alhamdulilah smuanya berjalan dgn lancar heee.. Majlis tu dihadiri oleh Cikgu2 silat dan senior yg lain. Nak tahu sape pengerusi majlis kat majlis tu sape lg kalau bukan aku heee…tp aku tidak berseorngn la pengerusi lg satu nama dia Fadhila. Antara pengerusi yg terbaik!!! Keadaan masa majlis tu mmg best sbb apa? Backdrop n stage mmg kitaorg buat ngn cantik heee dan juga persembhn yg mantap dari pesilat2.

Masa: 2.30ptg
Tarikh: 24 Dis 2011
Tempat: Dewan Tradewind

Sem ni aku dah naik bengkung pelangi merah

Lagu Rasmi Gayong

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
ilham menyusul zahir semula.

Niatnya bersih, baunya suci,
Berseni kepada Putera dan Puteri,
Agama yang Mulia dijunjung tinggi ,
Belalah bangsa adat dan negeri.
Chorus
Gayong bercantum bersatu padu,
Mengingat junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat Sejahtera hajat dituju.


Photoku:


nampak tak backdrop tu?
cantik x?
muka pesilat dan pengerusi majlis heee











ha'a...dah dapat bengkung "pelangi merah"

Friday 23 December 2011

Aku,Tempe dan Bakso

"tempe n bakso" tu makanan favoritenya saya kalo mau tau...teman2 smua 
Kalo makan kat rumah mmg xsah kalo gk ada tempe...lagi2 kalo digoreng mmg sedapla :D
sometime, kalo pg pasar dgn mak mesti aku akn amik tempe suruh mak beli heee
itu pasal TEMPE, kalo Bakso plak n  nak tau x ? mak saya pandai buat Bakso...asli dari Indonesia.
 so, sape2 yg nak tu blh lah dtg rumah saya...sya bg rasa...gerenti enak!!!!
TEMPE…
Siapa yang tak kenal tempe? Makanan asli Indonesia yang murah dan meriah.
Tempe adalah hasil fermentasi antara kedelai dengan jamur Rhizopus Oligosporus. Tempe banyak disuka selain rasanya yang lezat, harganya murah, dan mudah didapat.
Tahu nggak sih, ternyata tempe itu punya banyak khasiat. Sepotong tempe mengandung berbagai unsur bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteri bermanfaat untuk kesehatan.
Oleh karena itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada segala kelompok umur (dari bayi hingga lansia), sehingga bisa disebut sebagai makanan semua umur.Selain itu, pada tempe juga terjadi peningkatan nilai gizi, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat.

Mau tau apa Khasiatnya…ini dia:-
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.
3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung.
4. Penanggulangan anemia. Anemi ditandai dengan rendahnya kadar hemoglobin karena kurang tersedianya zat besi (Fe), tembaga (Cu), Seng (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahwa tempe mengandung senyawa anti bakteri yang diproduksi oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang bermanfaat meminimalkan kejadian infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak jenuh ganda pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanker.
8. Mencegah masalah gizi ganda (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi maupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hipertensi
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.

Tapi kan kalo pulang ke Surabaya pasti gak lupa makan BAKSO coiyyy!!
BAKSO…BAKSO…BAKSO hahaha~~~
mau tau tak apa tu BAKSO?
Bakso adalah bola daging yang dimasak dicampur dengan terigu dibuat bulat dengan campuran bumbu-bumbu lalu direbus dengan kuah daging yang sebelumnya juga sudah di campur dengan bumbu-bumbu.Bakso ini biasanya disajikan bersama mie kuning dan bihun beserta sayuran.Makanan ini juga bisa di temukan dimana-mana. Nyuuuuummmmyyy enak kan..heee

Saya kan mmg KUAT makan heeee:P

Thursday 22 December 2011

SENYUMsenyumSENYUMsenyum


Saya suka SENYUM J  suka bnget!!!  mulakan harimu dgn senyuman......
                                                                Apa sih sebenarnya senyum itu?
senyum yang kita tahu hanya sebuah simpulan dari gerakan bibir. Tak dapat mengartikan apapun jika gerakan itu sekadarnya saja. Namun, terkadang pikiran lain dapat muncul di benak kita dan terkadang pula melekat di dasar hati, apabila senyum itu tulus dengan sejuta pancaran pesonanya. Sangat mengagumkan, menjanjikan ketenangan hati bagi dirinya sendiri dan bagi siapapun yang melihatnya.

Ramai orang bilang senyuman ini banyak faedah dan kelebihannya serta memberi manfaat kepada diri untuk lebih positif, malah juga menceriakan orang sekeliling kita. kalau orang senyum harus senyum juga!!

perlakuan ini juga  boleh mengundang pelbagai persepsi. Ada yang senyum sendiri mengenangkan peristiwa lalu, ada juga yang senyum untuk memotivasikan diri dan tidak kurang juga ada yang melontarkan senyuman untuk tujuan memikat :D
selalunya lelaki kan....heee benar gak??? ayo ngaku

Antara kelebihannya apa ya??
Antara kelebihan senyum adalah mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri. Senyum boleh mengundang ketawa, dan seterusnya mampu meredakan ketegangan dan kerunsingan. Mungkin juga, senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan sebuah ikatan.

Senyuman yang menarik adalah senyuman yang lahir dari hati. Faktanya,kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Maka, anda senyumlah.. :D

Benarkah?
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
PERHATIAN: Harus dicuba untuk mendapatkan bukti :D

Buktinya apa? 
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak
  3. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  4. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 
so, solusinya disini anda sendiri blh fikir kan? apa salahnya kita cuba perkara yg baru.


SELAMAT MENCOBA!!

Balik kampung.....


Assalamualaikum n Hai semua..sy bru jew nak jinak2 buat blog ni..Hee~~~ nak cter pengalaman yg paling best n melucukan dalam hdup aku masa aku balik ke kg halamanku di Surabaya,Indonesia. Best sgt dpt blik sbb dpt jumpa mbah (nenek) n yg paling best balik sana sorng2 hahaha…
Aku naik flight Air Asia jam 1.30 ptg dari LCCT n sampai kat Juanda,Surabaya dalam jam 3.30 mcm tulah.. dlm flight tu mmg xknl sape2 pown totally dlm flight tu smua Indonesian. Smpai je kat kat Airport aku terus turun…tp malang nasib aku kena tahan kat security n beg aku kena rampas. Apa lg aku tnya la knpa. “emang ada apa pak?” security tu pown bgtw aku ade bnde yg mencurigakan dlm beg aku….waktu tu aku betul2 cemas n takut sgt2lah..Security tu pown terus geledah smua beg aku.
Lebih setengah jam aku kne tahan ngn dorng ni..dh abis geledah dorng jmpa satu bungkusan yng dibalut dgn surat khabar…masa dia angkat bnda tu aku ketawa hehehe…terus dia buka bungkusan tu….. nak tau x ape bnde dlm tu?????? ROTI CANAI…..hehehe aku bwk bnyak bnde tu sbb saudre2 aku ske mkn roti canai kat sana…aku bg satu kat security tu biar dia cuba hehehe..Syukur sgt xde bnde yg berlaku.. kemudian dia lepaskn aku balik…



Dari airport aku naik bus…smpai je Terminal Bus aku naik “angkut” mmg best balik sorng2 nie dpt roda2 kat kota Surabaya. Makan BAKSO apa lg….






Akhirnya smpai kat rumah makku yg dekat ngn pantai heeee…duk sane mmg asyik tepi laut jela.



Lain citer pulak kat kampung ayahku kat atas bukit agak sejuk skit bnyk sgt sawah padi best aku tgk heeee....







Detik paling best TAHUN BARU kat sana pg Jembatan Suramadu…cantikkk sgt
Smpai sini aja dlu ya..nanti ceritaku yg lain nnt heeee daaaaaaaa~~~

Wednesday 21 December 2011

10 ciri lelaki yang baik


(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.