Budu atau sos bilis begitu terkenal di Kelantan dan enak
dimakan bersama nasi (sama ada dicicah dgn ulam atau pun petai). Khazanah yang
belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Pada masa kini,
budu ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat
Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Antara hasil kajian mereka ialah:
·
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan
budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan
meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit
merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi
golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis,
koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
·
Kajian mendalam juga mendapati budu turut
mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah,
pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih
mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang
lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu
mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat
kurang zat pada tubuh.
Apa yg terdapat pada Budu sebenarnya?
v
Dengan pengambilan budu sebagai makanan
sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang
menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut
bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab
utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
v
Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin
A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang
kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
v
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang
utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan
Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana
sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk
pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.
v
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara
1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu
besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi
merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal
kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam
jumlah yang cukup.
v
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium
adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga
mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C,
vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Budu ini juga boleh menghentikan radikal bebas? Apa itu
radikal bebas?
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai
satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif
hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang
dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di
dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di
dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu
daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga
antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat
antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Budu juga sebagai penawar penyakit kanser? Betul ke?
Bagaimana caranya?
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina,
Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan
kanser payudara. Penyakit jantung
koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat
penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut
aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina
dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida
darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak
darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid
dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan
budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti
tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8
hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat
yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein
lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk
dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta
kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada
pelbagai keperluan untuk tubuh badan……….Wallahu a’lam…
Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH dan yg buruk itu
dtg dari kekhilafan diri kita sendiri. Orang yg bijak itu boleh memikirkan yg
mana baik dan buruk.